Skip to main content

Lemahnya Aku

Ada terlalu banyak persoalan..
Ada terlalu banyak andaian..dan ada terlalu banyak kemungkinan..
Serabut..

Dalam satu-satu masa, aku sangat lemah..sangat tak bermaya..sangat tidak bersemangat..

Biarpun ada banyak perkara yang aku teringin untuk tahu..
Biarpun ada banya soalan yang tidak punya jawapan..
Biarpun ada banyak kemungkinan tanpa alasan..

Bila bertentang mata, semuanya hilang..terbang entah kemana..
Semangat untuk memberitahu dan mengetahui lenyap..

Lemah aku saat dia didepan mata..
Rapuh hati aku saat dia menguntum senyum..
Tenang jiwa ini saat aku merenung dia..
Lari semua lara saat aku melihat dia ketawa..
Hilang segala gundah saat mendengar gurau sendanya..
Jauh setiap keraguan yang ada bila dia disisi..

Terkadang aku merenung dalam-dalam wajah itu..mencari sesuatu..membaca setiap satu riak wajahnya..
Cuba mendalami apa mahunya..cuba untuk mengerti ada apa dengan wajahnya..
Cuba mencari kekuatan..cuba mencari kepastian..

Mencuri pandang melihat setiap langkahnya...melihat setiap gerak-gerinya..melihat setiap keletahnya..melihat setiap reaksinya..melihat setiap caranya..melihat tutur bicaranya..
Dan pertama kalinya aku akui..melihat semua itu, mampu buat aku tenang..senang..dan buat aku merasakan keindahan..

Tapi, sedarkah dia..disebalik semua ini..aku punya perasaan yang bertentangan sama sekali..
Tak tahu mana puncanya..
Perasaan itu biasanya hadir bila dia tiada bersama aku..bila dia bukan lagi disisi aku..
Kenapalah aku tidak sekuat itu untuk meluahkan kesangsian..
Kenapalah setiap kali dia disisi aku merasakan ketenangan dan membawa pergi semua kepedihan..
Kenapalah saat dia disi aku tak mampu menceritakan semua yang aku tanggung..
Kenapa terlalu rapuh hati aku saat dia ada bersama..

Tak sanggup rasanya merosakkan mood dia..merosakkan keadaan..
Waktu bersama sangat sedikit..sangat terhad..sangat pantas masa berlalu..
Waktu itu juga aku merasakan keindahannya..lalu tak terucap segala kesakitan..tak terucap segala kepedihan..
Yang ada cuma..ketenangan dan keindahan..


Hampir setiap hari..saat aku ingin mengajukan soalan..saat aku perlukan kau..saat aku sedih pedih..sayu..pilu..gembira atau apa jua..aku memujuk hati..aku bercerita dengan teddy bear yang kau berikan dulu..aku meluahkannya pada dia..biarpun aku tahu dia tak pernah ada perasaan ingin tahu..tak pernah ada rasa..tapi..cuma dia yang aku ada untuk sama-sama menganggung perasaan ini..


Comments

Popular posts from this blog

Menantu Vs Mertua

Salam semua..lama sungguh tak update blog..
Actually one of my friend ada problem dengan mertua..
Susah nak cakap bab ni, Kakak sendiri tak merasa lagi..
Jodoh pun belum tahu siapa..apatah lagi mak mertua..

Banyak jenis mertua dan menantu ni..

Menantu Tak Duduk Diam :
Tangan tak pernah kering..buat itu ini..tak menyempat nak rehat..Kesian tengok..Mertua kalau ada menantu macam ni, segan lah sikit..kerah sekali anak2 perempuan awak tu ikut kerjasama sekali..
Jangan di biar anak orang tu kepenatan..dia pun manusia..Ni tak, anak2 perempuan elok melingkar kat living room..Tak pun duk la hadap hp dalam bilik di biar saja..Tak baik macam tu..
Menantu tu ada mak ayah juga..kalau mak ayah dia tengok anak dia tak duduk diam macam tu pun diorang susah hati..sakit pulak nanti..Jangan la kata "buat kerja sikit, tapi penat macam apa entah"..jangan sesekali !! Anak2 perempuan awak pun ada mertua, entah macamana agaknya dia kat rumah mertua dia, awak pun tak tahu..yang dia sampaikan semua …

Bermonolog Dengan Rindu !!

Duduk di birai katil, menyelak sedikit langsir biar ada ruang menjengah langit.. Langit kota walaupun nampak gelap..bermerah-merah menompok-nompok..mungkin kesan dari caj arusan elektrik untuk lampu lampu yang menerangi di seluruh kota..kawasan block rumah aku yang tinggi dan bersebelahan bukit menyebabkan angin sejuk menusuk ke tulang putih..sejenak mata mencari di mana sweater aku..capai dan pakai..sedikit hangat..kopi ku hirup perlahan..hangat..kipas tak berpasang..tapi sejuknya Allah maha tahu.. Sejak akhir-ahir ini jiwa seakan cepat di datangi sepi..cepat di landa keresahan..bukan sengaja tapi seolah ada yang tak kena..biarpun jenuh cuba berbaring melayan rasa, mata susah nak terpejam.. Biarpun di paksa-paksa, mimpi bagai benci menghadir di minda.. Ada rindu yang cuba menjengah hati..malas hendak di layan..biarkan rindu terus mengetuk pintu hati itu..jiwa menyampah pada rindu..selalu cuba datang mengganggu hati..kadang-kadang menjemput sekali air mata..sedangkan rindu selalu ber…

Project Bulan Puasa

Amboi..kemain..punya dah lama Cik Angkuh tak hapdet blog ni ya.. Nampak sangat jenis "kacang lupakan kulit"..terus melupakan asal usul gittew~~ So, hari ni nak cerita pasal projek baru.. Kesahnyaaaaa.. Ni, sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..rasanya sebulan lebih je lagipun kak non oiii.. Ni yang saja Cik Angkuh organized satu kerja amal untuk anak-anak yatim yang juga adalah Ahli-ahli Syurga..amin.. Project ni untuk share kegembiraan bersama dorang..al maklumlah..dorang anak yatim tak sesempurna kita yang ada mak bapak..yang berkeluarga yang duduk rumah sendiri..dorang ni tumpang rumah anak-anak yatim..reramai pulak tu kan.. So, projek baru ni Cik Angkuh namakan : "Project Baju Raya AidilFitri 143H" Projek ni menjemput semua kawan-kawan, kenalan FB, Twitter, Instagram yang mana readers-readers blog ni untuk sama-sama beramal jariah.. Boleh sedekahkan baju-baju terpakai korang yang mana masih elok tak lusuh, dalam keadaan baik la hendaknya..untuk di be…