Skip to main content

Bermonolog Sendirian

Hati penuh ikhlas..
Ikhlas datang dari Allah..
Senyum berbunga bila hati tertawan..
Ianya untuk ditawan bukan menawan..

Cinta diletak rapi..
Bukan untuk kau hapusi..
Tapi untuk kau hargai..

Dia berdiri lurus dengan bahagia..
Bukan untuk kau jatuhkan ia..
Tapi untuk engkau rapati dia..

Sayang dia bukan untuk dia caci..
Tapi untuk engkau rasai dari hati..

Dia lahir untuk engkau.. andai engkau tahu dia disitu hanya untuk engkau..
Sedih pedih dia tanggung sendiri tanpa sikutpun meminta kau simpati..

Dia terjelepuk..kaku dan beku..
Tapi kau teguh berdiri disitu..
Dia sujud tersembam kebumi meratap sayu..
Sedang engkau melangkah maju..

Tawar..pudar..lenyap..hilang..habis..akhir..
Bukan seperti apa yang dia bayangkan..tapi seperti apa yang kau lakukan..
Rebah lagi dia..hanya meminta engkau faham betapa hatinya untuk engkau..
Engkau sekadar memandang..tidak mengerti..apatah lagi memahami..
Lupa semua janji..sedang dia mengangkat tinggi engkau yang dicintai..

Andai saja engkau cuba mendalami..dia bukan seperti apa yang engkau fikirkan..dia begitu kerana engkau begini..
Dia seperti itu kerana engkau seperti ini..

Langkah dia longlai menginjak masa..sedang engkau langkah semangat menginjak waktu..
Seram..sejuk..sepi..
Dunia dia kelam..dunia engkau bercahaya..dunia dia hancur..dunia engkau terbina..dunia dia gelap..dunia engkau terang..
Kasih itu bukan mengasihani..

Comments

Popular posts from this blog

Menantu Vs Mertua

Salam semua..lama sungguh tak update blog..
Actually one of my friend ada problem dengan mertua..
Susah nak cakap bab ni, Kakak sendiri tak merasa lagi..
Jodoh pun belum tahu siapa..apatah lagi mak mertua..

Banyak jenis mertua dan menantu ni..

Menantu Tak Duduk Diam :
Tangan tak pernah kering..buat itu ini..tak menyempat nak rehat..Kesian tengok..Mertua kalau ada menantu macam ni, segan lah sikit..kerah sekali anak2 perempuan awak tu ikut kerjasama sekali..
Jangan di biar anak orang tu kepenatan..dia pun manusia..Ni tak, anak2 perempuan elok melingkar kat living room..Tak pun duk la hadap hp dalam bilik di biar saja..Tak baik macam tu..
Menantu tu ada mak ayah juga..kalau mak ayah dia tengok anak dia tak duduk diam macam tu pun diorang susah hati..sakit pulak nanti..Jangan la kata "buat kerja sikit, tapi penat macam apa entah"..jangan sesekali !! Anak2 perempuan awak pun ada mertua, entah macamana agaknya dia kat rumah mertua dia, awak pun tak tahu..yang dia sampaikan semua …

Bermonolog Dengan Rindu !!

Duduk di birai katil, menyelak sedikit langsir biar ada ruang menjengah langit.. Langit kota walaupun nampak gelap..bermerah-merah menompok-nompok..mungkin kesan dari caj arusan elektrik untuk lampu lampu yang menerangi di seluruh kota..kawasan block rumah aku yang tinggi dan bersebelahan bukit menyebabkan angin sejuk menusuk ke tulang putih..sejenak mata mencari di mana sweater aku..capai dan pakai..sedikit hangat..kopi ku hirup perlahan..hangat..kipas tak berpasang..tapi sejuknya Allah maha tahu.. Sejak akhir-ahir ini jiwa seakan cepat di datangi sepi..cepat di landa keresahan..bukan sengaja tapi seolah ada yang tak kena..biarpun jenuh cuba berbaring melayan rasa, mata susah nak terpejam.. Biarpun di paksa-paksa, mimpi bagai benci menghadir di minda.. Ada rindu yang cuba menjengah hati..malas hendak di layan..biarkan rindu terus mengetuk pintu hati itu..jiwa menyampah pada rindu..selalu cuba datang mengganggu hati..kadang-kadang menjemput sekali air mata..sedangkan rindu selalu ber…

Project Bulan Puasa

Amboi..kemain..punya dah lama Cik Angkuh tak hapdet blog ni ya.. Nampak sangat jenis "kacang lupakan kulit"..terus melupakan asal usul gittew~~ So, hari ni nak cerita pasal projek baru.. Kesahnyaaaaa.. Ni, sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..rasanya sebulan lebih je lagipun kak non oiii.. Ni yang saja Cik Angkuh organized satu kerja amal untuk anak-anak yatim yang juga adalah Ahli-ahli Syurga..amin.. Project ni untuk share kegembiraan bersama dorang..al maklumlah..dorang anak yatim tak sesempurna kita yang ada mak bapak..yang berkeluarga yang duduk rumah sendiri..dorang ni tumpang rumah anak-anak yatim..reramai pulak tu kan.. So, projek baru ni Cik Angkuh namakan : "Project Baju Raya AidilFitri 143H" Projek ni menjemput semua kawan-kawan, kenalan FB, Twitter, Instagram yang mana readers-readers blog ni untuk sama-sama beramal jariah.. Boleh sedekahkan baju-baju terpakai korang yang mana masih elok tak lusuh, dalam keadaan baik la hendaknya..untuk di be…