Skip to main content

Bermain Dengan MINDA !!

p/s : ENTRY KALI INI HENDAKLAH DI BACA PERLAHAN-LAHAN DIDALAM HATI KALIAN !! FAHAMI SETIAP SATU PERKATAAN DAN AYAT !! MUNGKIN JUGA ANDA YANG MEBACA MELALUI PC MEMADAM LAGU YANG TERSEDIA UNTUK FEELING..
Aku duduk berteleku depan lappy yang menjadi teman saban hari..memicit-micit punat papan kekunci adakalanya terlalu laju sehingga tersalah tutur ejaannya..tertinggal beberapa ketul hurufnya..
Menjadi bahan ketawa sebahagian dari kawan-kawan..
Senyum aku sendiri..adakalanya blog aku terlalu sunyi untuk diisi..kadang-kadang terlalu padat dengan kisah yang tak berasas..kadang-kadang penuh dengan ilmu alam yang singgah menjengah minda..dan ada sesetengahnya kisah tentang diri yang aku bentangkan..luas menjadi tatapan kamu semua..ya kamu..
Mengajak kalian bermain dengan imaginasi..sedikit memasuki dunia peribadi aku..menjemput emosi kalian menjalar bersama jalan cerita yang aku sediakan..
Perlahan aku menaip malam ini..membiarkan semua minda menembusi setiap bunyi ketik punat-punat papan kekunci ku..biarpun kalian tidak mendengarnya..tetapi bila kalian membaca..secara automatiknya kalian bisa dengar setiap ketikkan papan kekunci ini di dalam rumahku yang sunyi..seperlahan ini..meneliti satu persatu huruf yang di ketik..
Kemudian aku berhenti dari menaip..mempersilakan diri membaca semula ayat-ayat diatas..memaksa mata mencari salah ejaan bagi karangan diatas..
Hidupkah tulisan ini??
Ya hidup..di dalam imaginasi aku..seperti mana di dalam imaginasi kalian..
Adakah kalian sedang membayang aku duduk di hadapan TV yang terpadam..sunyi..di ruang tamu..luas..gelap..sambil sebuah lappy diatas meja kecil..aku bersila dan menaip sebegini?
Terbayangkah dek kalian?
Mampukan tulisan ini memainkan peranan membiarkan minda manusia berbayang-bayang akan aku yang tidak punya senyuman..serius menaip?
Adakah terlihat oleh kalian Hot Chocolate yang berada di tepi lappyku yang masih panas?
Aku berhenti menaip lagi..
Kali ini cuba menyentuh mug Hot Chocolate yang panas berasap..perlahan aku tiup..mendekatkan mulut mug ke muncung tirus ku..sedikit aku hirup..
Berubah air muka ku..ia masih panas..terasa bagai melecur lidahku..laju tanganku mengipas-ngipas lidah yang terjulur..kembali meletakkan mug tadi..menghadap lappy..menarik tisu dan mengelap hujung lidahku..
Tahukah aku sedang menipu kalian?
Ya..yang sebenarnya..dari tadi aku tidak pun berhenti menaip..perasankah kalian bahawa aku tidak langsung berhenti menaip dari tadi?
Ini kerana kalian sudah berada dalam dunia penulisan ku..
Tidak perasan yang aku cuma bermain dengan kata-kata yang membolehkan kalian membayangkan kalau aku berbuat demikian sedangkan sebenarnya tidak..
Nampaknya aku berjaya membuat kalian terjebak..
Adakah kalian sedang suka?
Ataukah kalian sedang marah dengan entry ini yang benar-benar membuat fikiran kalian terbang mencari kelibat aku dalam khayalan kalian? Membayangkan aku sedangkan kalian bukan disini bersamaku?

Aku tertawa kecil..
Ini bukan permainan..tapi ini medan untuk aku menjemput minda kalian bersama aku..sebenarnya aku disini tatkala menaip juga cuba membayangkan kalian sedang berkhayal tentangku..

Aku menarik nafas..lalu aku lepas perlahan..kali ini aku mencari sebuah buku..yang tadi aku letakkan di balik lappy ku..diatas meja kecil ini..tapi sudah tiada disitu..
Dimana agaknya buku tadi??aku mendongak ke dinding kanan memandang suis lampu..terasa malas aku bangun untuk picitkannya agar ruang tamu ini terang..lalu aku terkial-kial di dalam gelap mencari buku..lampu skrin lappy menjadi lampu suluh untuk mencari..
Oh..ruapanya jatuh disisiku..lalu aku ambil..buka..dan belek jadual untuk esok..ya banyak agendnya..
Lalu aku tutup perlahan..
Nampak kah kalian apa agendaku esok?
Sekali lagi kalian bermain dengan imaginasi sendiri..
Aku sengaja..maafkan aku..

Sekarang aku sudah malas menaip..
Lalu aku katakan pada kalian..

Selamat malam dan jangan marahi aku kerana permainkan imaginasi kalian malam ini..
Sekadar berseronok..
Aku tahu..kalian senyum setiap kali aku menegur kalian sudah memasuki dunia penulisanku..
Senyumlah..
Aku disini untuk kalian berimaginasi..aku juga sedang senyum..seperti mana kalian..
Sekian
Tata..Salam

Comments

Popular posts from this blog

Project Bulan Puasa

Amboi..kemain..punya dah lama Cik Angkuh tak hapdet blog ni ya.. Nampak sangat jenis "kacang lupakan kulit"..terus melupakan asal usul gittew~~ So, hari ni nak cerita pasal projek baru.. Kesahnyaaaaa.. Ni, sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..rasanya sebulan lebih je lagipun kak non oiii.. Ni yang saja Cik Angkuh organized satu kerja amal untuk anak-anak yatim yang juga adalah Ahli-ahli Syurga..amin.. Project ni untuk share kegembiraan bersama dorang..al maklumlah..dorang anak yatim tak sesempurna kita yang ada mak bapak..yang berkeluarga yang duduk rumah sendiri..dorang ni tumpang rumah anak-anak yatim..reramai pulak tu kan.. So, projek baru ni Cik Angkuh namakan : "Project Baju Raya AidilFitri 143H" Projek ni menjemput semua kawan-kawan, kenalan FB, Twitter, Instagram yang mana readers-readers blog ni untuk sama-sama beramal jariah.. Boleh sedekahkan baju-baju terpakai korang yang mana masih elok tak lusuh, dalam keadaan baik la hendaknya..untuk di be…

Menantu Vs Mertua

Salam semua..lama sungguh tak update blog..
Actually one of my friend ada problem dengan mertua..
Susah nak cakap bab ni, Kakak sendiri tak merasa lagi..
Jodoh pun belum tahu siapa..apatah lagi mak mertua..

Banyak jenis mertua dan menantu ni..

Menantu Tak Duduk Diam :
Tangan tak pernah kering..buat itu ini..tak menyempat nak rehat..Kesian tengok..Mertua kalau ada menantu macam ni, segan lah sikit..kerah sekali anak2 perempuan awak tu ikut kerjasama sekali..
Jangan di biar anak orang tu kepenatan..dia pun manusia..Ni tak, anak2 perempuan elok melingkar kat living room..Tak pun duk la hadap hp dalam bilik di biar saja..Tak baik macam tu..
Menantu tu ada mak ayah juga..kalau mak ayah dia tengok anak dia tak duduk diam macam tu pun diorang susah hati..sakit pulak nanti..Jangan la kata "buat kerja sikit, tapi penat macam apa entah"..jangan sesekali !! Anak2 perempuan awak pun ada mertua, entah macamana agaknya dia kat rumah mertua dia, awak pun tak tahu..yang dia sampaikan semua …

Bermonolog Dengan Rindu !!

Duduk di birai katil, menyelak sedikit langsir biar ada ruang menjengah langit.. Langit kota walaupun nampak gelap..bermerah-merah menompok-nompok..mungkin kesan dari caj arusan elektrik untuk lampu lampu yang menerangi di seluruh kota..kawasan block rumah aku yang tinggi dan bersebelahan bukit menyebabkan angin sejuk menusuk ke tulang putih..sejenak mata mencari di mana sweater aku..capai dan pakai..sedikit hangat..kopi ku hirup perlahan..hangat..kipas tak berpasang..tapi sejuknya Allah maha tahu.. Sejak akhir-ahir ini jiwa seakan cepat di datangi sepi..cepat di landa keresahan..bukan sengaja tapi seolah ada yang tak kena..biarpun jenuh cuba berbaring melayan rasa, mata susah nak terpejam.. Biarpun di paksa-paksa, mimpi bagai benci menghadir di minda.. Ada rindu yang cuba menjengah hati..malas hendak di layan..biarkan rindu terus mengetuk pintu hati itu..jiwa menyampah pada rindu..selalu cuba datang mengganggu hati..kadang-kadang menjemput sekali air mata..sedangkan rindu selalu ber…