Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Ahli Syurga

Salam semua..
Dalam sibuk dengan projek besar hujung tahun ni.. cikangkuh sibuk jugak dengan program jemputan berbuka puasa bersama Ahli syurga..Alhamdulillah..
Bila duduk dwpan mereka.. melihat keletah mereka.. Sayu..hiba bertandang dalam hati.. mengusik tangkai jiwa.. anak-anak buah saya seceria mereka..sama..Tapi tak serupa..
Setiap kali jatuh dari langkah.. mereka harus bangun sendiri tanpa tangisan dihujung manja.. sedangkan anak-anak buah saya.. bangkit setelah jatuh dengan rengekan untuk di peluk dan di belai.. Renung lagi..kali ini renungan saya lebih dalam maksudnya..
Apakah erti sehelai baju bagi mereka sedang anak-anak kita memilih-milih baju yang cantik seperti dalam gambar.. mereka.. semua memakai baju sama.. tak sedikit pun merungut jika baju mereka tidak secantik baju dalam gambar majalah atau tv..
Anak-anak kita.. merengek mahukan makanan kegemaran.. ibu ayah cepat langkah memenuhi keinginan anak-anak mereka.. sedang ahli-ahli syurga ini cuma makan apa yang ada terhid…

Bermonolog Dengan Rindu !!

Duduk di birai katil, menyelak sedikit langsir biar ada ruang menjengah langit.. Langit kota walaupun nampak gelap..bermerah-merah menompok-nompok..mungkin kesan dari caj arusan elektrik untuk lampu lampu yang menerangi di seluruh kota..kawasan block rumah aku yang tinggi dan bersebelahan bukit menyebabkan angin sejuk menusuk ke tulang putih..sejenak mata mencari di mana sweater aku..capai dan pakai..sedikit hangat..kopi ku hirup perlahan..hangat..kipas tak berpasang..tapi sejuknya Allah maha tahu.. Sejak akhir-ahir ini jiwa seakan cepat di datangi sepi..cepat di landa keresahan..bukan sengaja tapi seolah ada yang tak kena..biarpun jenuh cuba berbaring melayan rasa, mata susah nak terpejam.. Biarpun di paksa-paksa, mimpi bagai benci menghadir di minda.. Ada rindu yang cuba menjengah hati..malas hendak di layan..biarkan rindu terus mengetuk pintu hati itu..jiwa menyampah pada rindu..selalu cuba datang mengganggu hati..kadang-kadang menjemput sekali air mata..sedangkan rindu selalu ber…