Skip to main content

Project Bulan Puasa

Amboi..kemain..punya dah lama Cik Angkuh tak hapdet blog ni ya..
Nampak sangat jenis "kacang lupakan kulit"..terus melupakan asal usul gittew~~
So, hari ni nak cerita pasal projek baru..
Kesahnyaaaaa..
Ni, sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..rasanya sebulan lebih je lagipun kak non oiii..
Ni yang saja Cik Angkuh organized satu kerja amal untuk anak-anak yatim yang juga adalah Ahli-ahli Syurga..amin..
Project ni untuk share kegembiraan bersama dorang..al maklumlah..dorang anak yatim tak sesempurna kita yang ada mak bapak..yang berkeluarga yang duduk rumah sendiri..dorang ni tumpang rumah anak-anak yatim..reramai pulak tu kan..
So, projek baru ni Cik Angkuh namakan :
"Project Baju Raya AidilFitri 143H"
Projek ni menjemput semua kawan-kawan, kenalan FB, Twitter, Instagram yang mana readers-readers blog ni untuk sama-sama beramal jariah..
Boleh sedekahkan baju-baju terpakai korang yang mana masih elok tak lusuh, dalam keadaan baik la hendaknya..untuk di berikan kepada anak-anak yatim yang kami bakal pilih tak alam lagi..
Matlamat Cik Angkuh untuk menyebarkan keindahan Aidilfitri pada mereka-mereka Ahl;i syurga..semoga di doakan oleh mereka kesejahteraan penderma-penderma tu..
Cara menderma baju-baju terpakai ni mudah sangat..boleh check kat bawah ni :
1. Hantar sendir (by hand) : Kami akan maklumkan secara terbuka kepada semua melalui FB Invitation, Twitter Timeline, Instagram, Wechat Moments etc. mengenai tarikh, lokasii dan masa yang bakal di tetapkan..
2. Pos (Pos laju) : Anda boleh pm saya di FB saya dengan click pada nama biru ni >> NUZUR CIK ANGKUH untuk dapatkan alamat..boleh juga DM di twitter saya >> @CIKANGKUH.. atau boleh juga pm pada page saya >> CIKANGKUH OFFICIAL juga boleh pm kepada page group kami click >> SHARING IS CARING..serta boleh email direct to : cikangkuh@gmail.com
Bagi sesiapa yang rasa nak derma selain dri baju juga di alu-alukan..boleh derma makanan kering seperti GULA, GARAM, BERAS etc.
Yang nak sumbang duit atau rasa nak involve dengan lebih dekat memberi sumbangan berbentuk catering untuk Majlis Buka puasa atau BERSAHUR BERSAMA AHLI-AHLI SYURGA pun sangat-sangat boleh..
Jangan lupa PM atau DM serta Email kan kepada saya untuk daptkan account number..
Para penyumbang boleh menyertai kami untuk penyerahan baju terpakai kepada anak-anak yatim yang terpilih..kami mungkin juga memilih anak-anak yatim yang tinggal dengan saudara mara atau tinggal bersendirian bersama abang kakak untuk menyalurkan sumbangan anda..
Setakat ini, kami masih survey, rumah anak-anak yatim mana yang kurang mendapat perhatian umum..atau anak-anak yatim mana yang tinggal sendiri yang kurang mendapat sumbangan..
Apa yang penting adalah keikhlasan anda semua..di harapkan ada ramai yang berminat nak join venture untuk aktiviti amal ini..
Nama pun aktiviti amal, tentunya tiada bayaran untuk sesiapa yang nak jadi sukarelawan..ikhlaskan hati untuk membantu mereka..dalam pada masa sama..cik angkuh pun sibuk bertungkus lumus mencari sponsor kecil-kecilan untuk sumbangan duit raya serta jamuan hari raya..jika ada yang berminat..
so, tu la dia projek baru cik angkuh..
Semoga di permudahkan..mohon kalian mendoakan usaha cik angkuh ni okay..
Sampai sini saja la ye..penat pulak menaip weyh..
So kita jumpa next time..sebab memang tengah banyak idea jugak altely about projek-projek baru ni..
LAter kita update projek Gubahan Hantaran pulak ya..
Okay..nite alls..
Tata..Salam..

Comments

Popular posts from this blog

Menantu Vs Mertua

Salam semua..lama sungguh tak update blog..
Actually one of my friend ada problem dengan mertua..
Susah nak cakap bab ni, Kakak sendiri tak merasa lagi..
Jodoh pun belum tahu siapa..apatah lagi mak mertua..

Banyak jenis mertua dan menantu ni..

Menantu Tak Duduk Diam :
Tangan tak pernah kering..buat itu ini..tak menyempat nak rehat..Kesian tengok..Mertua kalau ada menantu macam ni, segan lah sikit..kerah sekali anak2 perempuan awak tu ikut kerjasama sekali..
Jangan di biar anak orang tu kepenatan..dia pun manusia..Ni tak, anak2 perempuan elok melingkar kat living room..Tak pun duk la hadap hp dalam bilik di biar saja..Tak baik macam tu..
Menantu tu ada mak ayah juga..kalau mak ayah dia tengok anak dia tak duduk diam macam tu pun diorang susah hati..sakit pulak nanti..Jangan la kata "buat kerja sikit, tapi penat macam apa entah"..jangan sesekali !! Anak2 perempuan awak pun ada mertua, entah macamana agaknya dia kat rumah mertua dia, awak pun tak tahu..yang dia sampaikan semua …

Bermonolog Dengan Rindu !!

Duduk di birai katil, menyelak sedikit langsir biar ada ruang menjengah langit.. Langit kota walaupun nampak gelap..bermerah-merah menompok-nompok..mungkin kesan dari caj arusan elektrik untuk lampu lampu yang menerangi di seluruh kota..kawasan block rumah aku yang tinggi dan bersebelahan bukit menyebabkan angin sejuk menusuk ke tulang putih..sejenak mata mencari di mana sweater aku..capai dan pakai..sedikit hangat..kopi ku hirup perlahan..hangat..kipas tak berpasang..tapi sejuknya Allah maha tahu.. Sejak akhir-ahir ini jiwa seakan cepat di datangi sepi..cepat di landa keresahan..bukan sengaja tapi seolah ada yang tak kena..biarpun jenuh cuba berbaring melayan rasa, mata susah nak terpejam.. Biarpun di paksa-paksa, mimpi bagai benci menghadir di minda.. Ada rindu yang cuba menjengah hati..malas hendak di layan..biarkan rindu terus mengetuk pintu hati itu..jiwa menyampah pada rindu..selalu cuba datang mengganggu hati..kadang-kadang menjemput sekali air mata..sedangkan rindu selalu ber…