Skip to main content

Lelaki Itu

Aku sama seperti kalian.. Aku punya pasangan.  Namun masih belum bergelar suami.. Mungkin saja berjodoh.. mungkin juga tidak.. Hanya Allah yang tahu.. Jangan di tanya pada aku !!

Aku jarang-jarang bercerita tentang dia di laman sosial.. Mungkin di wechat aku rajin update tentang aktiviti kami.. secara amnya saja.. bukan aku malu atau malas.. Tapi, dia selalunya akan bertanya "Perlukah mereka tahu?" atau "Mengapa perlu tulis begitu?" dan kebiasannya button delete akanku cari !! 

Arrrgghh.. Lelaki itu selalu buat aku berfikir dua kali sebelum mengepost apa-apa di laman sosial.. Seperti sekarang !! Banyak yang aku dah type dari tadi, tapi banyak juga patah kata yang telah aku delete !! 

Adat berpasangan.. Ada pasang surutnya..
Dia selalu buat aku rindu.. Tapi dia jugalah yang selalu buat aku pening.. 
Telagah kami, adalah bahagia !! Bukan merenggangkan hubungan !! Tapi tambah erat dan tambah bahagia !!

Aku bersyukur punya dia dalam hidup aku !! Dia selalu bilang :
"Aku ada tujuan bersama kau, walaupun bertelagah, aku tetap mahu kau"

Ya..ya..ya.. Itu manis didengar !! Hati yang rajuk pun terpujuk.. Hati yang marah boleh lemah.. 
Lelaki itu !! Selalu begitu !!

Sesabar mana aku bersama dia, sesabar itu juga dia bersama aku !! Kami mengenali satu sama lain melalui perbezaan kami.. Semua orang tahu ini kali pertama dia di lamun cinta !! Aku?? Bukanlah terlalu banyak kali, cuma pernah merasa.. Dia lain.. Apa yang lainnya?? Dia bukan lelaki yang mudah menyerah kalah !! 

Dia bukan lelaki yang pandai memujuk.. Dia cuma selalu mengingatkan aku yang dia punya tujuan bersama aku.. Dia bilang aku "harta"nya..

Moga saja benar apa yang dikata.. Moga dia dan aku akan selalu bahagia..
Moga kami boleh bersatu dengan akad nikah..
Moga saja dia tidak tersasul menyebut nama aku yang panjang itu di depan ayah aku yang bakal mengakad nikahkan kami..

Ada perancangan atau tidak, itu aku belum sedia untuk kongsikan.. Cukuplah sekadar aku bilang
"hati ini sudah dimiliki !!"

Aku mohon kalian doakan kami !!




Comments

Popular posts from this blog

Project Bulan Puasa

Amboi..kemain..punya dah lama Cik Angkuh tak hapdet blog ni ya.. Nampak sangat jenis "kacang lupakan kulit"..terus melupakan asal usul gittew~~ So, hari ni nak cerita pasal projek baru.. Kesahnyaaaaa.. Ni, sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..rasanya sebulan lebih je lagipun kak non oiii.. Ni yang saja Cik Angkuh organized satu kerja amal untuk anak-anak yatim yang juga adalah Ahli-ahli Syurga..amin.. Project ni untuk share kegembiraan bersama dorang..al maklumlah..dorang anak yatim tak sesempurna kita yang ada mak bapak..yang berkeluarga yang duduk rumah sendiri..dorang ni tumpang rumah anak-anak yatim..reramai pulak tu kan.. So, projek baru ni Cik Angkuh namakan : "Project Baju Raya AidilFitri 143H" Projek ni menjemput semua kawan-kawan, kenalan FB, Twitter, Instagram yang mana readers-readers blog ni untuk sama-sama beramal jariah.. Boleh sedekahkan baju-baju terpakai korang yang mana masih elok tak lusuh, dalam keadaan baik la hendaknya..untuk di be…

Menantu Vs Mertua

Salam semua..lama sungguh tak update blog..
Actually one of my friend ada problem dengan mertua..
Susah nak cakap bab ni, Kakak sendiri tak merasa lagi..
Jodoh pun belum tahu siapa..apatah lagi mak mertua..

Banyak jenis mertua dan menantu ni..

Menantu Tak Duduk Diam :
Tangan tak pernah kering..buat itu ini..tak menyempat nak rehat..Kesian tengok..Mertua kalau ada menantu macam ni, segan lah sikit..kerah sekali anak2 perempuan awak tu ikut kerjasama sekali..
Jangan di biar anak orang tu kepenatan..dia pun manusia..Ni tak, anak2 perempuan elok melingkar kat living room..Tak pun duk la hadap hp dalam bilik di biar saja..Tak baik macam tu..
Menantu tu ada mak ayah juga..kalau mak ayah dia tengok anak dia tak duduk diam macam tu pun diorang susah hati..sakit pulak nanti..Jangan la kata "buat kerja sikit, tapi penat macam apa entah"..jangan sesekali !! Anak2 perempuan awak pun ada mertua, entah macamana agaknya dia kat rumah mertua dia, awak pun tak tahu..yang dia sampaikan semua …

Bermonolog Dengan Rindu !!

Duduk di birai katil, menyelak sedikit langsir biar ada ruang menjengah langit.. Langit kota walaupun nampak gelap..bermerah-merah menompok-nompok..mungkin kesan dari caj arusan elektrik untuk lampu lampu yang menerangi di seluruh kota..kawasan block rumah aku yang tinggi dan bersebelahan bukit menyebabkan angin sejuk menusuk ke tulang putih..sejenak mata mencari di mana sweater aku..capai dan pakai..sedikit hangat..kopi ku hirup perlahan..hangat..kipas tak berpasang..tapi sejuknya Allah maha tahu.. Sejak akhir-ahir ini jiwa seakan cepat di datangi sepi..cepat di landa keresahan..bukan sengaja tapi seolah ada yang tak kena..biarpun jenuh cuba berbaring melayan rasa, mata susah nak terpejam.. Biarpun di paksa-paksa, mimpi bagai benci menghadir di minda.. Ada rindu yang cuba menjengah hati..malas hendak di layan..biarkan rindu terus mengetuk pintu hati itu..jiwa menyampah pada rindu..selalu cuba datang mengganggu hati..kadang-kadang menjemput sekali air mata..sedangkan rindu selalu ber…