Skip to main content

Yg Tak Terlihat

Bismillahirrahmanirrahim..


Dalam dunia ni..ada dua jenis kebenaran..


1. Kebenaran yang terang kita dapat lihat..
2. Kebenaran yang tersorok yang tak dapat lihat tapi lama-kelamaan kita dapat lihat dengan jelas..



Entry ini berkisar tentang kebenaran yang tak telus di mata..


Well..cikangkuh pasti salah seorang dari silent readers blog ni akan terasa pedasnya..kamon..kau manusia..aku manusia okeh..beza kita cuma aku sedikit jujur la dari kau..hahahahaha..
Susah nak cakap..sebab kau nampak begitu bersahaja..kau nampak begitu selamba..mata-mata kasar tak dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku antara kau dan aku serta orang yang tahu..lebih-lebih lagi bila aku jenis diamkan saja apa kau buat..untung la..
*senyum sinis disini*

Selamat la kau kan..but..sorry to say..aku percaya Allah tu maha adil..dia akan tunjukkan pada semua siapa kau sebenarnya..dalang segala penipuan..aku tak perlu la kot nak mention apa jenis penipuan kau buat..bukan pada aku sorang..tapi pada ramai pihak yang terlibat..fuuhh..bila aku fikir dan dalami..ya Allah..aku respect kau sanggup nak tangguk semua dosa and usung bawak ke dalam sana..tapi siapa la aku nak menghukum kau..aku manusia..kau manusia..tak ada hak menghukum sesama kita..jadi aku serahkan semua pada Allah..

Aku rasa bukan aku saja..yang mana sedar kau menganiaya tu semua akan berdoa semoga ada kebenaran akan timbul kelak..

Aku tak banyak nak mintak..aku bukan mintak kau di malukan atau apa-apa yang buruk..sebab aku tak sezalim kau..cuma aku mintak kau dibukakan hati untuk kembali pada Allah..kau selalu sebut-sebut pasal tuhan..keyakinan kau pada Allah..tapi hakikatnya..Allah maha mengetahui..jangan sampai DIA laknat kau sudah la..Nauzubillahiminzalik..

Bukan semua tentang kau buruk..ada baiknya..aku sendiri nampak..ada kebaikan yang kau buat..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya ada jugak bekalan untuk kau bawa kedalam sana..bukan semuanya kotor dan jijik..aku tak membenci kau..mungkin sifat keinginan yang tinggi yang membuak-buak dalam diri kau membawa kau menjadi watak antagonis dalam drama pentas dunia ni..
Antagonis kau masih ada manisnya..tersorok dengan sedikit sifat baik yang aku cakap tadi..dengan muka kau nan suci tu..biarlah semuanya menjadi rahsia aku..rahsia yang akan aku simpan..cuma gambaran je yang aku bagi dalam entry ni..untuk.mengingatkan kau dan diri aku serta manusia lain yang membaca entry ni..dunia penuh dengan manusia hipokrit..harap berhati-hati..

Tak perlu kau nak panas hati bila baca entry ni..kau patut bersyukur..aku tak mention siapa kau..apa yang kau buat..tapi cukup la..hentikan la..kau menang..aku angkat tangan surrender..

Kenapa kau perlu buat semua tu? Sebab kau tak yakin pada diri sendiri? Tapi, semua tu akan makan kau balik esok-esok..kau tak takut ke kalau kebenaran terbukti? Kau bukan setakat hilang apa yang kau ada sekarang..kau akan hilang semuanya..dan maruah diri sekali..kalau ada yang berbelas kasihan..mungkin kau selamat..insyaAllah..aku masih punya belas kasihan..tapi kau kena ingat..lepas kat dunia..belum tentu lepas kat akhirat..

Kalau kau tak takut aku tak apa..aku tak kisah..tapi kau takut la pada pencipta..dia melihat segalanya..tapi bak kata orang la kan..kalau kau tak takut pada aku..kenapa perlu sampai kau buat macam tu..sebab kau tahu..aku tak perlu bersusah payah pun aku mampu dapat apa kau dapat..kepercayaan tu penting..sebab tu jugak la kau kena buat macam tu..dan kau secure semuanya agar aku tak mampu buat apa-apa..

Sedangkan aku, sikit pun tak akan buat apa yang kau fikir tu..tapi ye la kan..tak buat apa-apa pun aku boleh dapat apa yang kau dapat sekarang..sebab memang aku ada kemampuan luar biasa..kau pun tahu..da la..aku tak berminat nak main tolak tarik dengan kau..*belagakkan aku..tiru gaya kau*
Semua ni kelakar untuk aku..tak sangka masih ada orang yang taksub macam kau..tapi aku tabik la..kau hebat..sangat amat hebat..tahniah..

Kalau kau terasa bermakna masih ada perasaan lagi..kira hati kau tak hitam lagi..masih ada peluang lagi kalau nak di maafkan pun..aku ni tak nak pikul banyak dosa..rasa berbakul-bakul dah dosa aku nak angkut..takut nanti terpaksa sewa kontena nak angkut bakul-bakul dosa aku tu bawak hadap kat dalam sana..well..cari la masa..muhasabah diri dan perbaiki apa yang tak betul..aku dah lama maafkan kau..jangan risau..aku cuma nak kau fikir je..

Wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Menantu Vs Mertua

Salam semua..lama sungguh tak update blog..
Actually one of my friend ada problem dengan mertua..
Susah nak cakap bab ni, Kakak sendiri tak merasa lagi..
Jodoh pun belum tahu siapa..apatah lagi mak mertua..

Banyak jenis mertua dan menantu ni..

Menantu Tak Duduk Diam :
Tangan tak pernah kering..buat itu ini..tak menyempat nak rehat..Kesian tengok..Mertua kalau ada menantu macam ni, segan lah sikit..kerah sekali anak2 perempuan awak tu ikut kerjasama sekali..
Jangan di biar anak orang tu kepenatan..dia pun manusia..Ni tak, anak2 perempuan elok melingkar kat living room..Tak pun duk la hadap hp dalam bilik di biar saja..Tak baik macam tu..
Menantu tu ada mak ayah juga..kalau mak ayah dia tengok anak dia tak duduk diam macam tu pun diorang susah hati..sakit pulak nanti..Jangan la kata "buat kerja sikit, tapi penat macam apa entah"..jangan sesekali !! Anak2 perempuan awak pun ada mertua, entah macamana agaknya dia kat rumah mertua dia, awak pun tak tahu..yang dia sampaikan semua …

Bermonolog Dengan Rindu !!

Duduk di birai katil, menyelak sedikit langsir biar ada ruang menjengah langit.. Langit kota walaupun nampak gelap..bermerah-merah menompok-nompok..mungkin kesan dari caj arusan elektrik untuk lampu lampu yang menerangi di seluruh kota..kawasan block rumah aku yang tinggi dan bersebelahan bukit menyebabkan angin sejuk menusuk ke tulang putih..sejenak mata mencari di mana sweater aku..capai dan pakai..sedikit hangat..kopi ku hirup perlahan..hangat..kipas tak berpasang..tapi sejuknya Allah maha tahu.. Sejak akhir-ahir ini jiwa seakan cepat di datangi sepi..cepat di landa keresahan..bukan sengaja tapi seolah ada yang tak kena..biarpun jenuh cuba berbaring melayan rasa, mata susah nak terpejam.. Biarpun di paksa-paksa, mimpi bagai benci menghadir di minda.. Ada rindu yang cuba menjengah hati..malas hendak di layan..biarkan rindu terus mengetuk pintu hati itu..jiwa menyampah pada rindu..selalu cuba datang mengganggu hati..kadang-kadang menjemput sekali air mata..sedangkan rindu selalu ber…

Project Bulan Puasa

Amboi..kemain..punya dah lama Cik Angkuh tak hapdet blog ni ya.. Nampak sangat jenis "kacang lupakan kulit"..terus melupakan asal usul gittew~~ So, hari ni nak cerita pasal projek baru.. Kesahnyaaaaa.. Ni, sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..rasanya sebulan lebih je lagipun kak non oiii.. Ni yang saja Cik Angkuh organized satu kerja amal untuk anak-anak yatim yang juga adalah Ahli-ahli Syurga..amin.. Project ni untuk share kegembiraan bersama dorang..al maklumlah..dorang anak yatim tak sesempurna kita yang ada mak bapak..yang berkeluarga yang duduk rumah sendiri..dorang ni tumpang rumah anak-anak yatim..reramai pulak tu kan.. So, projek baru ni Cik Angkuh namakan : "Project Baju Raya AidilFitri 143H" Projek ni menjemput semua kawan-kawan, kenalan FB, Twitter, Instagram yang mana readers-readers blog ni untuk sama-sama beramal jariah.. Boleh sedekahkan baju-baju terpakai korang yang mana masih elok tak lusuh, dalam keadaan baik la hendaknya..untuk di be…