Skip to main content

Aku dan Hati Ini !!

Sudah menjadi resam bagi hati manusia.. Saat terkecewa, saat dirundung sepi, saat di landa masalah, saat di singgahi musibah.. Kita manusia,bakal mencari pendapat manusia.. Yang mana terkadang ikhlas.. adakalanya tersulam cemburu dan adakalanya terselit iri hati !!

Terkadang, salah hati sendiri.. Saat nasihat dan pendapat ikhlas cuba menembusi, hati menjauhi.. Bukan kerana tidak molek pendapatnya, bukan juga kerana tidak elok nasihatnya.. Tapi hanya kerana tidak selari dengan hati sendiri..

Ya, perasankah kalian?? Hati kita selalu meminta pendapat dan nasihat.. Tapi selalu juga hati kita menolaknya mentah-mentah hanya kerana nasihat dan pendapat itu bukan yang kita mahu.. Tidak selari dengan hati yang sedang gundah.. Ini kenyataan !!

Hari ini, hati menolak nasihat dan pendapat bagus itu, satu hari hati akan sedar sendiri betapa nasihat dan pendapat itu baik untuk hati !!

Namun, ada juga manusia yang memberi pendapat bersama dengan emosi diri.. Ya, kadangkala, mereka cemburu mungkin saja iri hati dengan apa yang kita ada.. Lalu mereka menasihatkan dengan cara "syaitan" yang akhirnya menjatuhkan kita !!

Manusia selalu busuk hati.. Terkadang aku juga berbusuk hati..Nauzubillahiminzalik !! Ya, aku juga.,. Kerana aku manusia.. Aku tidak sempurna.. Selalu berdosa.. Aku juga terkadang punya hasad dengki.. Aku juga terkadang punya iri hati.. Aku juga terkadang punya perasaan benci sampai mati.. Tapi kebiasaanyya itu sekejap.. Aku mudah sejuk.. Aku mudah senyum.. Biar hati aku terbakar, biar jiwa aku panas membara !! Aku boleh sejuk..  Berikan saja aku minum segelas air yang di hembuskan bacaan "YA LATIFF 3X" maka segala perasaan yang tidak-tidak itu akan pergi..

Arrggghh.. Dalam kesulitan ini, aku mohon kalian doakan semoga apa yang aku lalui ini di permudahkan.. Mungkin kalian tertanya-tanya apakah ia.. Aku tidak mampu berkongsi hal ini.. Cukup aku katakan., aku sedang dalam perasaan yang tidak-tidak.. Mohon kalian doakan aku !! Terima kasih kawan-kawan !!

Comments

Popular posts from this blog

Menantu Vs Mertua

Salam semua..lama sungguh tak update blog..
Actually one of my friend ada problem dengan mertua..
Susah nak cakap bab ni, Kakak sendiri tak merasa lagi..
Jodoh pun belum tahu siapa..apatah lagi mak mertua..

Banyak jenis mertua dan menantu ni..

Menantu Tak Duduk Diam :
Tangan tak pernah kering..buat itu ini..tak menyempat nak rehat..Kesian tengok..Mertua kalau ada menantu macam ni, segan lah sikit..kerah sekali anak2 perempuan awak tu ikut kerjasama sekali..
Jangan di biar anak orang tu kepenatan..dia pun manusia..Ni tak, anak2 perempuan elok melingkar kat living room..Tak pun duk la hadap hp dalam bilik di biar saja..Tak baik macam tu..
Menantu tu ada mak ayah juga..kalau mak ayah dia tengok anak dia tak duduk diam macam tu pun diorang susah hati..sakit pulak nanti..Jangan la kata "buat kerja sikit, tapi penat macam apa entah"..jangan sesekali !! Anak2 perempuan awak pun ada mertua, entah macamana agaknya dia kat rumah mertua dia, awak pun tak tahu..yang dia sampaikan semua …

Bermonolog Dengan Rindu !!

Duduk di birai katil, menyelak sedikit langsir biar ada ruang menjengah langit.. Langit kota walaupun nampak gelap..bermerah-merah menompok-nompok..mungkin kesan dari caj arusan elektrik untuk lampu lampu yang menerangi di seluruh kota..kawasan block rumah aku yang tinggi dan bersebelahan bukit menyebabkan angin sejuk menusuk ke tulang putih..sejenak mata mencari di mana sweater aku..capai dan pakai..sedikit hangat..kopi ku hirup perlahan..hangat..kipas tak berpasang..tapi sejuknya Allah maha tahu.. Sejak akhir-ahir ini jiwa seakan cepat di datangi sepi..cepat di landa keresahan..bukan sengaja tapi seolah ada yang tak kena..biarpun jenuh cuba berbaring melayan rasa, mata susah nak terpejam.. Biarpun di paksa-paksa, mimpi bagai benci menghadir di minda.. Ada rindu yang cuba menjengah hati..malas hendak di layan..biarkan rindu terus mengetuk pintu hati itu..jiwa menyampah pada rindu..selalu cuba datang mengganggu hati..kadang-kadang menjemput sekali air mata..sedangkan rindu selalu ber…

Project Bulan Puasa

Amboi..kemain..punya dah lama Cik Angkuh tak hapdet blog ni ya.. Nampak sangat jenis "kacang lupakan kulit"..terus melupakan asal usul gittew~~ So, hari ni nak cerita pasal projek baru.. Kesahnyaaaaa.. Ni, sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..rasanya sebulan lebih je lagipun kak non oiii.. Ni yang saja Cik Angkuh organized satu kerja amal untuk anak-anak yatim yang juga adalah Ahli-ahli Syurga..amin.. Project ni untuk share kegembiraan bersama dorang..al maklumlah..dorang anak yatim tak sesempurna kita yang ada mak bapak..yang berkeluarga yang duduk rumah sendiri..dorang ni tumpang rumah anak-anak yatim..reramai pulak tu kan.. So, projek baru ni Cik Angkuh namakan : "Project Baju Raya AidilFitri 143H" Projek ni menjemput semua kawan-kawan, kenalan FB, Twitter, Instagram yang mana readers-readers blog ni untuk sama-sama beramal jariah.. Boleh sedekahkan baju-baju terpakai korang yang mana masih elok tak lusuh, dalam keadaan baik la hendaknya..untuk di be…