Skip to main content

Menantu Vs Mertua

Salam semua..lama sungguh tak update blog..
Actually one of my friend ada problem dengan mertua..
Susah nak cakap bab ni, Kakak sendiri tak merasa lagi..
Jodoh pun belum tahu siapa..apatah lagi mak mertua..

Banyak jenis mertua dan menantu ni..

Menantu Tak Duduk Diam :
Tangan tak pernah kering..buat itu ini..tak menyempat nak rehat..Kesian tengok..Mertua kalau ada menantu macam ni, segan lah sikit..kerah sekali anak2 perempuan awak tu ikut kerjasama sekali..
Jangan di biar anak orang tu kepenatan..dia pun manusia..Ni tak, anak2 perempuan elok melingkar kat living room..Tak pun duk la hadap hp dalam bilik di biar saja..Tak baik macam tu..
Menantu tu ada mak ayah juga..kalau mak ayah dia tengok anak dia tak duduk diam macam tu pun diorang susah hati..sakit pulak nanti..Jangan la kata "buat kerja sikit, tapi penat macam apa entah"..jangan sesekali !! Anak2 perempuan awak pun ada mertua, entah macamana agaknya dia kat rumah mertua dia, awak pun tak tahu..yang dia sampaikan semua bagus..pergi selam hati mertua dia..jangan kau menagis pulak nanti !!

Menantu Berat Punggung :
Tolong sikit pun tidak..Mertua buat semua.. bukan pemalas, tapi dia tengok anak2 perempuan mertua dia duk saja, dia pun ikut sama..Jangan macamtu, anak2 perempuan dia buat kat mak dia, mak dia tak rasa sangat..kau anak orang lain..kalau kau tak buat, terkesan hoi kat hati dia..walaupun dia diam..Mertua pun jangan ambil hati, cara dia mudah..kau kerah anak2 kau buat dengan kau..mungkin menantu berat bontot tu segan sikit..tak pun kau cakap ngan anak laki kau..suruh dia tegur elok2 bini dia..jgn kau siram petrol kat anak laki kau..bergaduh nanti dorang..kau suka tak kalau mertua kau cucuk suami kau??tak suka kan??

Menantu Penggeli :
Kalau jenis geli dapur mertua kotor, kau pergi kedai beli berus, beli cream cif..kau sental dapur dia..ini untuk keselesaan bersama..Bila dah bersih, kau pun selesa nak ke dapur kan?? Dia dah tua, kau nak harap dia buat..terkial2 dia dengan tenaga tua dia..Tak payah la kau nak cakap "anak2 dia pun tak buat, kenapa aku nak buat??"..tu anak dia..tak buat pun dia tak makan hati..
Mertua pun, kalau menantu duk gosok berus dapur kau, jangan pulak sedap mulut cakap "Tu nak kata rumah aku tak bersih lah tu.." atau "ni perli ke apa ni??" tak payah..untung dia nak bersihkan..kau sendiri tak cukup tenaga nak buat..anak2 kau?? harapan tinggal harapanlah jawabnya..

Menantu Aircond
Kalau rumah mertua panas, kau beli kipas elok sikit untuk bilik kau..tak pun kau beli aircond..bila laki kau nak hulur duit kat mak dia tiap2 bulan tu, selit sikit duit api, kau dah pasang aircond even pakai duit kau, bagilah sikit buat tampung bill letrik..yang mertua, jangan nak kecik hati sangat..konon macam "ye la..rumah aku panas"..kau sendiri tak berapa mampu provide untuk anak menantu cucu yg belambak tu..dia provide tu kira Alhamdulillah..

Ipar Duai Kaki Cucuk:
Ada memantu jenis ngam dengan mertua..tapi adik beradik suami pulak suka cucuk2.. Ni paling aku geram.. Kau pun ada mertua (kalau dah kahwin).. Kau ngan mertua kau ngam sangat ke?? Kau kat rumah mertua kau macamana?? Kau nak ipar duai kau jadi menantu perfect kat mak kau,..yang kau tu cukup perfect ke kat mertua kau?? Kadang kau balik rumah mak kau, duk busukkan mertua kau..tu elok sangat ke?? Ipar kau tu nak buat kerja sikit je ke, nak buat kerja sampai tak rehat2 ke, kau kenapa nak berkisah?? Kau pun takat tolong sikit..Kalau kau jenis bujang..sok kau dapat mertua..baru kau tau..

Mertua duk lebih anak dia
Kau sebagai menantu, jangan ambil hati..mana ada mak tak lebih kat anak dia..mak kau pun lebih kat kau..sama la tu..kalau kau ada anak, kau lebih kat anak kau ke anak orang?? sendiri tak boleh nak lebih anak orang, jangan kau mengaharap tinggi langit orang nak lebih kat kau pulak..Mertua pun, kalau ada menantu..jangan la kau tunjuk2 sangat kau lebihkan anak kau sampai menantu tu kecik hati..kalau mertua anak kau buat benda sama kat anak kau, kau marah tak?? kalau kau tak suka, maknanya orang lain pun tak suka..so jangan buat..simple..

Mak Dengar Cakap Anak
Ni sikap sesetengah mak-mak kita..kalau anak pempuan dia balik rumah dia..kutuk mertua dia..si mak pun "yeke macam tu..teruk sangat aih"..ingat sikit..anak awak tu kahwin dengan lelaki tu..lelaki tu "MENANTU" awak tau..suka tak kalau si MENANTU awak tu balik rumah mak dia dan burukkan atau busukkan awak?? Haihhh !! Patut kau yang jadi mak..kena duduk dalam kasut mertua anak kau sekali..fikir..kalau menantu perempuan kau buat apa yang anak kau buat tu..apa rasa kau?? sedap?? Kena la nasihatkan cara betul..

Makanan
Aku pun suka makanan mak aku..kalau kau tanya sesiapa pun suka makanan mak dia..jadi mertua jangan rasa makanan kau akan disukai oleh menantu macam anak2 kau suka makanan kau..dia membesar ngan mak ayah dia..cara pemakanan mak ayah dia..jangan nak kata dia tak boleh masuk makanan kau la..mengada la..tekak kau sendiri kalau di sumbat makanan kau tak selalu makan pun kau tak suka kan?? lagi nak cakap orang !! Yang menantu pun, kalau kau tak suka, kau beli barang dapur..pergi cakap ngan mertua kau "Mak masak apa?? Ni lijah nak masak Kari kepala ikan..mak masak menu mak, Lijah masak menu LIjah..kang kita sama2 merasa"..apa salahnya..kalau kau tak reti masak, tapi tak mampu nak sumbat masakkan mertua kau..gi lari kedai makan..beli banyak sikt..cakap kat mak mertua "Ni Lijah beli ni tadi, kita makan sama2 ye mak..sedap ni nampaknya" ambil hati sikit..tapi jangan kau hadap makanan yg kau beli/masak tu saja, cekuh2 sikit makanan dia masak tu..Yang mertua, klaau menantu masak jangan komplen "Ape kau masak ni?? Mak tak makan benda macam ni" hei !! menantu kau kalau guna ayat sama, kau sentap tak?? hadap jek, rezeki tu !!

Duit
Untuk mertua, aku tau laki tu anak kau..tapi kena ingat..tanggungjawab memang kau 1st, bini 2nd..bab nafkah..kau 2nd ye..bini anak dia 1st..Kau pun isteri..so kau patut tahu ni ye..kemana duit anak kau, kemana duit menantu kau..jangan nak semak2 samun..macamana orang tak tahu kewangan kau, macam tu jugak kau tak tahu kewangan mereka..sila faham..ipar duai jangan nak berkirap sangat panas bab duit abang2 or adik2 lelaki kau orang..kau kata adik laki/abang kau banyak habis duit kat bini dia..mana kau tau??besar sangat gaji bang/adik laki kau tu?? kalau dia nak beli apa or nak bagi apa kat bini dia, tu hak dia..pahala untuk dia..kau semak pahal?? kau suruh laki kau sponsor..cakap kat laki kau "pahala menggembirakan hati isteri bang"..kecuali..kes suami yang pemalas nak kerja lepastu cekau duit hasil titik peluh bini..yang tu kau boleh sekolahkan..bagus sangat2..

Tu jek la..dah kering idea, kalau korang ada idea..sila kongsi sama kat ruang komentar..sekian..wasalam..tata..


Comments

Popular posts from this blog

Project Bulan Puasa

Amboi..kemain..punya dah lama Cik Angkuh tak hapdet blog ni ya.. Nampak sangat jenis "kacang lupakan kulit"..terus melupakan asal usul gittew~~ So, hari ni nak cerita pasal projek baru.. Kesahnyaaaaa.. Ni, sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..rasanya sebulan lebih je lagipun kak non oiii.. Ni yang saja Cik Angkuh organized satu kerja amal untuk anak-anak yatim yang juga adalah Ahli-ahli Syurga..amin.. Project ni untuk share kegembiraan bersama dorang..al maklumlah..dorang anak yatim tak sesempurna kita yang ada mak bapak..yang berkeluarga yang duduk rumah sendiri..dorang ni tumpang rumah anak-anak yatim..reramai pulak tu kan.. So, projek baru ni Cik Angkuh namakan : "Project Baju Raya AidilFitri 143H" Projek ni menjemput semua kawan-kawan, kenalan FB, Twitter, Instagram yang mana readers-readers blog ni untuk sama-sama beramal jariah.. Boleh sedekahkan baju-baju terpakai korang yang mana masih elok tak lusuh, dalam keadaan baik la hendaknya..untuk di be…

Bermonolog Dengan Rindu !!

Duduk di birai katil, menyelak sedikit langsir biar ada ruang menjengah langit.. Langit kota walaupun nampak gelap..bermerah-merah menompok-nompok..mungkin kesan dari caj arusan elektrik untuk lampu lampu yang menerangi di seluruh kota..kawasan block rumah aku yang tinggi dan bersebelahan bukit menyebabkan angin sejuk menusuk ke tulang putih..sejenak mata mencari di mana sweater aku..capai dan pakai..sedikit hangat..kopi ku hirup perlahan..hangat..kipas tak berpasang..tapi sejuknya Allah maha tahu.. Sejak akhir-ahir ini jiwa seakan cepat di datangi sepi..cepat di landa keresahan..bukan sengaja tapi seolah ada yang tak kena..biarpun jenuh cuba berbaring melayan rasa, mata susah nak terpejam.. Biarpun di paksa-paksa, mimpi bagai benci menghadir di minda.. Ada rindu yang cuba menjengah hati..malas hendak di layan..biarkan rindu terus mengetuk pintu hati itu..jiwa menyampah pada rindu..selalu cuba datang mengganggu hati..kadang-kadang menjemput sekali air mata..sedangkan rindu selalu ber…