Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Tahun Baru dan Semakin Tua

Jumaat terakhir 2016 !!
Hati mendung..memandang belakang.. Menggamit kenagan 2016.. Ada yang buat aku senyum.. Ada yang pahit ditelan.. Ada yang masam dilidah.. Ada yang manis memotong kaki..
Menganjak umur setahun lebih tua.. Menganjak sekali matang dalam minda..
Seronok melihat teman-teman memilih lokasi percutian.. Aku?? Lebih senang dirumah melayan anak bulu.. Memasak, membersih, mencuci..
Entah.. Lupa bila kali terakhir aku berseronok menyambut kedatangan tahun baru.. Lupa dengan siapa aku bertahun baru.. Lupa apa motifnya menyambut tahun baru..
Meningkat usia.. Begini lah ia.. Senyum aku sendiri..
Setidaknya,  Aku pernah diberi peluang mengharungi nakal.. Aku berpeluang menimba pengalaman.. Aku berpeluang berseronok.. Aku berpeluang mengenal apa itu jahat dan baik.. Aku berpeluang mencari identiti sendiri..
Muda.. Kau sudah berlalu.. Kini tua menjengah padaku.. Tua.. Kau tahu apa aku mahu.. Kau membuktikan apa itu hidup dalam aku.. Kau bakal membuat aku jadi aku !!
Selamat tahu…

Canopy Walk

Setelah hampir 13 tahun aku bermaustatin di Kuala Lumpur.. Hampir setiap hari aku melalui jalan yang sama melintasi Taman Eko Rimba Kuala Lumpur ini.. Aku cuma memandang lesu pada hutan kecil itu..
Arrghh..ia cuma taman hutan kecil di tengah kota..apa yang ada??  Itu bentak hatiku.. Entah mengapa.. Sejak bermenjak ini, hati terusik ingin tahu apa ada dalam hutan kecil tengah kota ini..
Aku mencari waktu..waktu untuk aku belanjakan beberapa jam meneroka hutan kecil itu..
Aku menapak, dari tempat parkir kereta di kaki Menara Kuala Lumpur.. Tersergam pintu gerbang Taman Eko Rimba Kuala Lumpur..
Langkah masuk, aku melihat gazebo kayu berwarna coklat kehitaman di depan mata.. Kiri dan kanannya umpama trek bertangga.. Lalu aku membuat keputusan untuk mengambil langkah ke gazebo.. Terlihat juntaian titi gantung indah didepan mata aku.. Dari satu gazebo ke gazebo yang lainnya..hingga kepenghujungnya..
Indah..hutan kecil ini indah !! Hijau.. Biarpun masih mampu aku dengar deraan bunyi dari pe…